• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih

Post Views: 11,860

Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih

Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih

SHAH ALAM: Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), berhasrat mengubah trend penggunaan gula putih kepada gula perang dalam usaha memupuk orang ramai menikmati gula yang lebih baik pada harga berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hishammudin Hasan, berkata pengeluar gula tempatan itu bakal menurunkan harga gula perang kepada RM3.50 sekilogram berbanding RM4.25 pada masa ini bermula Ogos ini bagi menarik orang ramai berubah dan menggunakan gula perang.

“Gula perang adalah gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi di mana ia adalah pilihan lebih baik bagi meningkatkan rasa makanan dan minuman,” katanya kepada media selepas pelancaran semua produk gula CSR di sini, hari ini.

Hishammudin berkata, pada masa ini permintaan gula tempatan adalah sebanyak 1.5 juta tan setahun, namun peratusan dan pengeluaran untuk gula perang adalah rendah berbanding gula putih.

“Kami berharap dapat memasarkan sebanyak mungkin produk gula perang di pasaran di mana harga yang kami tawarkan adalah lebih berpatutan berbanding jenama import,” katanya.

Mengulas mengenai penjenamaan semula, Hishammudin berkata, langkah itu bukan berkaitan jenama semata-mata, namun membabitkan pendekatan menyeluruh terhadap produk yang baik dan mampu memenuhi kehendak pengguna untuk tujuan masakan, minuman dan kesihatan.

Menurutnya, ia juga membabitkan aspek pembungkusan menarik dan rangkaian pengedaran lebih baik bagi memastikan ia menjadi pilihan pengguna

“Pada masa ini, kapasiti pengeluaran gula di negara ini adalah berlebihan iaitu sebanyak tiga juta tan berbanding penggunaan gula dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Oleh itu, kami tidak akan meningkatkan kapasiti, namun cenderung kepada perbelanjaan modal untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi.

“Kami tidak fokus kepada aktiviti penjenamaan semula secara keseluruhan, namun memperuntukkan modal sebanyak RM16 juta hingga RM20 juta dalam tempoh setahun membabitkan semua aspek bagi penghasilan produk gula,” katanya.

Sementara itu, CSR menjangkakan industri gula tempatan akan kekal berada pada tahap sama pada tahun ini termasuk membabitkan kadar penggunaan gula dalam kalangan rakyat dan pemain industri.

“Secara lazimnya, industri gula akan kekal berada pada tahap sama, namun terpulang kepada bagaimana sesuatu pemain atau syarikat menarik perhatian orang ramai untuk menggunakan gula,” katanya.

sumber

Incoming search terms:

  • khasiat gula perang (20)

Related

194
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (47,088)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (20,096)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,114)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,914)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,860)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,405)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,862)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,567)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,986)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,931)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi P...
    145 Shares
  •  
    Sah! Pakatan Harapan Runtuh Di Perak....
    79 Shares
  •  
    Popia Cheese Berhantu, Cheese Lovers Patut Cuba!....
    92 Shares
  •  
    Mat Sabu Hairan, Kenapa Tak Boleh Tunggu Lagi Tiga Tahun?....
    132 Shares
  •  
    Pencegahan COVID 19 Yang Perlu Kita Lakukan....
    92 Shares
  •  
    SPR Sedia Laksana PRU-15, Tetapi Kos PRU RM750j Hingga RM800j’....
    132 Shares
  •  
    Video Misi Menyelamat Tragedi Hotel Pusat Kuarantin Covid-19 Runtuh Di...
    145 Shares
  •  
    COVID-19 : KTMB Henti Tren Antara Negeri Dan Bandar Sepanjang PKP....
    145 Shares
  •  
    “Terima kasih Tun …Ini masanya untuk anda berehat – ...
    132 Shares
  •  
    Bertuala, Bersembunyi Dalam Siling Takut Dicekup....
    79 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·