Biodata Ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia Ke-8.
Asal
Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta’zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.
Hobi
Beliau mempunyai hobi membaca buku, bermain golf dan badminton. Golf merupakan permainan yang beliau paling gemari, kerana ketika beliau menjadi seorang pemimpin kanan kerajaan, beliau sering diundang untuk menyertai pelbagai acara sukan golf oleh pelbagai sektor.
Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Anak: 4 orang
Tempat lahir: Muar, Johor
Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978
10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO
19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan
- 1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
-
1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
-
1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
-
1978 – Ahli Parlimen Pagoh.
-
1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
-
1986 – Menteri Besar Johor ke-13
-
1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO
-
1993 – Menang Naib Presiden UMNO
-
1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
-
2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
-
2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
-
2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
-
Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
-
September 2016 – Antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
-
13 Julai 2017 – dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
-
22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
-
29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.