Covid-19 : Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid-19?.
ADAKAH disunatkan lagi amalan sunat hari Jumaat jika sekiranya tergugurnya solat Jumaat seperti disebabkan Covid-19 ini?
Umum sedia maklum terdapat fatwa daripada institusi fatwa antarabangsa pelbagai negara memutuskan menangguhkan solat Jumaat dan solat berjemaah. Justeru itu, timbul persoalan adakah masih terdapat amalan sunat Jumaat, jika sekiranya solat Jumaat ditangguhkan?
- Disunat untuk diamalkan seperti membaca surah al-Kahfi, mandi sunat Jumaat, memenuhi hari dengan ibadah, memakai pakaian putih dan wangian. Perbuatan ini juga sebagai tanda untuk memuliakan dan mengagungkan hari Jumaat dan mengikut sunnah Nabi SAW.
- memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas Baginda SAW dan sebagainya.
Oleh itu, janganlah kerana sebahagian amalan-amalan sunat Jumaat tidak dapat dilakukan, maka kita meninggalkan kesemua amalan tersebut. Hendaklah memanfaatkan sebaik mungkin masa lapang yang ada untuk menambah amalan kebaikan apa yang termampu untuk dilakukan, serta tiada mensia-siakan waktu ini dengan amalan yang tidak berfaedah. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.