• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

COVID-19 : Ekonomi Itali Semakin Merudum, Rakyat Ketakutan.

Post Views: 459

COVID-19 : Ekonomi Itali Semakin Merudum, Rakyat Ketakutan.

ROM: Itali berdepan penularan wabak koronavirus COVID-19 paling besar di luar benua Asia.

Selepas muncul kes pertama pada dua minggu lalu di negara itu, impak ekonomi dikhuatiri terus merudum seiring dengan meningkatnya kekeliruan dan ketakutan.

Rakyat negara itu kini ‘setia’ menonton program televisyen penting pada jam 6 petang setiap hari iaitu siaran daripada Agensi Perlindungan Awam yang mengemas kini perkembangan status jangkitan dan kematian.

Sehingga Sabtu, lebih 4,600 orang sudah disahkan positif manakala 197 pesakit meninggal dunia akibat virus itu di Itali. Selepas China, Itali mencatat angka kematian kedua tertinggi dan kes jangkitan ketiga terbanyak di dunia.

Malah, Vatican juga telah mengumumkan mangsa jangkitan pertamanya.

Walaupun cuma 49 orang disahkan positif di Rom – satu jumlah yang rendah berbanding lokasi yang lebih serius seperti di Lombardy, Veneto dan Emilia Romagna di sebelah utara, kesan kebimbangan itu sangat ketara.

Di Rom yang berpopulasi padat, iaitu 2.9 juta orang mendiami kawasan seluas 1,285 kilometer persegi, selain penuh dengan pelbagai tarikan pelancongan popular, Rom kini dilihat seperti ‘bandar hantu’.

AFP melaporkan, pada pagi hari biasa, hanya beberapa orang yang dilihat menaiki anak-anak tangga di lokasi tarikan utama iaitu Spanish Steps. Segalanya sepi dan senyap. Tiada sesiapapun yang duduk bersantai di sekeliling tapak air pancuran berbentuk bot, Fontana della Barcaccia.

Paling aneh adalah ketiadaan kelibat orang ramai yang selalunya berbelanja sakan di deretan butik fesyen ternama seperti Valentino, Armani atau Prada.

Jalanan di sekitar Via Condotti – yang selalunya dilalui oleh warga yang penuh bergaya, kini sunyi dan dihindari.

Peminat seni yang mahu menghayati karya Caravaggio pula hanya menemui papan tanda yang menyatakan bahawa gereja Saint Luigi dei Francesi ditutup.

Selain itu, aktiviti perhimpunan awam ditangguhkan, dan ini menjejas kemeriahan aktiviti paling disukai iaitu bola sepak. Perlawanan-perlawanan dijangka berlangsung di stadium-stadium yang kosong dalam bulan akan datang.

Ternyata, penularan COVID-19 memberi kesan besar pada industri pelancongan. Persekutuan bagi industri pelancongan kebangsaan, Confturismo, meramalkan Itali akan menanggung kerugian sehingga lebih AS$8 bilion sehingga Mei nanti.

Pada Rabu, kerajaan telah memanjangkan tempoh penutupan sekolah dan universiti di seluruh negara, sekali gus meresahkan isi rumah.  Kira-kira 10 juta pelajar dan hampir sejuta tenaga pendidik dan pegawai institusi pendidikan terpaksa duduk di rumah selama sekurang-kurangnya dua minggu.

“Seseorang perlu jelaskan logik di sebalik penutupan sekolah, namun tempat kerja pejabat masih beroperasi seperti biasa. Saya per;lukan penjelasan saintifik. Mengapa jangkiotan lebih teruk di sekolah berbanding di tempat kerja. Kami semua boleh menjadi gila!” ujar Massimo Cacciari, seorang tokoh intelek tempatan.

Ini diburukkan lagi dengan sesetengah ahli politik Itali yang mengobarkan emosi rakyat dengan teori konspirasi berkaitan virus tersebut.

Related

106
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: COVID-19, Ekonomi Itali

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (36,145)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (18,836)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (14,850)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,564)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,629)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,054)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,781)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,509)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,910)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,888)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Panik Wabak Koronavirus, Haiwan Peliharaan Dicampak Hingga Mati....
    106 Shares
  •  
    Suasana Sebak Pengebumian Jenazah Allahyarham Abam Bocey....
    92 Shares
  •  
    Covid-19: Malindo Air Arah Kakitangan Cuti Tanpa Gaji, Potong Gaji 50 ...
    158 Shares
  •  
    Tanda Dan Gejala COVID-19 ....
    66 Shares
  •  
    Zizi Kirana Dan Lagu Eh. Ini Maksud Tersirat Lagu Eh....
    132 Shares
  •  
    UMNO Perompak Hanya Persepsi BERSATU, Ujar Redzuan Yusof....
    106 Shares
  •  
    Resepi Acar Timun Makan Dengan Nasi Putih....
    92 Shares
  •  
    COVID-19: Medac Gariskan Lima Insentif Bantu Golongan Terjejas....
    106 Shares
  •  
    Koronavirus : Orang Ramai Tak Perlu Panik, Risau’-Ujar Wan Aziza...
    132 Shares
  •  
    Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi P...
    145 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·