• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Covid-19 : Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia.

Post Views: 630

Covid-19 : Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia.

Covid-19 : Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia.

GELOMBANG kedua penularan wabak Covid-19 menimbulkan keresahan ramai berikutan dua kes kematian dilaporkan di Malaysia setakat 19 Mac lalu.

Susulan itu kerajaan mengambil langkah drastik melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari sehingga 31 Mac ini.

Dalam tempoh itu, masyarakat menjalani proses ‘menjarakkan diri’ di rumah yang bukan sekadar menjarakkan hubungan sosial, tetapi perlu mengutamakan amalan pemakanan dan pemikiran yang sihat.

Justeru itu , Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, amalan pemakanan sihat amat penting untuk meningkatkan imuniti tubuh melawan penyakit (termasuk virus korona) dan seterusnya menggelakkan jangkitan

Beliau berkata, Covid-19 mudah menjangkiti warga emas, mereka yang mempunyai komorbiditi (menghidap dua atau lebih penyakit serentak) seperti kencing manis, sakit jantung, asma dan masalah buah pinggang kronik kerana mempunyai sistem imun badan yang rendah.

“Mereka yang tidak dijangkiti wabak ini sangat digalakkan mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran segar dan sumber protein daripada ayam, telur serta ikan.

“Sumber makanan ini mempunyai kandungan vitamin C, A dan D yang tinggi serta diperlukan badan untuk melawan penyakit,”katanya.

Selain itu, katanya, pastikan makanan yang berasaskan daging perlu dimasak dengan betul dan tidak dimakan mentah.

“Ini kerana jangkitan kuman masih boleh terjadi terhadap makanan yang tidak dimasak dengan betul atau dicemari patogen.

“Pada masa sama digalakkan minum air masak mencukupi iaitu kira-kira dua liter sehari bagi wanita dan tiga liter untuk lelaki,” katanya.

Menurutnya, kekurangan air boleh menyebabkan sel dalam badan tidak berfungsi dengan baik.

“Kesihatan usus dan penghadaman adalah penting kerana kebanyakan fungsi kesihatan badan bermula daripada kesihatan usus yang baik.

“Elakkan makan makanan segera termasuk dalam tin dan minuman tinggi gula kerana boleh menggalakkan penyakit termasuk jangkitan kuman ke dalam badan,”katanya.

Dr Sharifa Ezat berkata, cahaya matahari juga membantu penghasilan vitamin D dan dikatakan dapat mengurangkan jangkitan Covid-19.

“Pengudaraan udara segar adalah sangat baik untuk individu dan elakkan duduk dalam keadaan tertutup bagi tempoh lama,”katanya.

Jelasnya, terdapat kenyataan mengatakan halia, bawang putih dan kunyit berupaya melawan Covid-19. Selain beberapa kajian mengaitkan makanan itu dengan fungsi antikeradangan dan membunuh kuman.

Namun, katanya, kajian percubaan klinikal ke atas manusia belum dapat dibuktikan secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Dr Sharifa Ezat berkata, corak kehidupan yang positif juga perlu ditekankan sepanjang menjalani proses ini (menjarakkan hubungan sosial) memandangkan terikat berada di rumah dalam tempoh yang lama.

“Ini untuk menggelakkan individu mengalami masalah kesunyian, kemurungan dan tekanan.

“Tekanan boleh dikurangkan dengan melakukan aktiviti antaranya bercucuk tanam, berkomunikasi dengan rakan menerusi dalam talian, menulis buku, riadah ringan, memasak dan menjahit,”katanya.

Beliau juga menggalakkan masyarakat menggelak menghisap rokok dan vape. Ini kerana terdapat kajian mengatakan jangkitan lebih mudah berlaku kepada pengguna rokok dan vape.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti itu perlu dilakukan di kawasan yang tidak ramai orang di samping mengutamakan kebersihan diri.

“Kerap cuci tangan menggunakan sabun selama 20 saat atau cecair pembasmi kuman yang mempunyai kandungan alkohol melebihi 70 peratus.

“Menjaga jarak satu meter lebih dengan individu lain dan elak berkumpul ramai-ramai sebagai langkah pencegahan yang lebih selamat,”katanya.

Related

158
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: COVID-19, Dr Sharifa Ezat, Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (33,788)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (18,552)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (14,797)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,507)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,597)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (8,965)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,766)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,496)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,898)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,878)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Kilang Makanan Di Kuala Pilah Pamer Logo Halal Palsu Diserbu....
    132 Shares
  •  
    COVID-19 : Singapura Potong Sebulan Gaji Pemegang Jawatan Politik....
    119 Shares
  •  
    COVID-19 : Itali Merekodkan Lematian Terbesar , 15 Juta Penduduk Kuara...
    172 Shares
  •  
    COVID-19 : Senarai Skim Bantuan Dan Insentif Kerajaan Malaysia....
    119 Shares
  •  
    Gaji Minimum RM1,200 Akan Berkuat Kuasa Pada 1 Februari....
    119 Shares
  •  
    Terkini : 17 Mati, 21 Cedera Tembakan Rambang Oleh Jakrapanth Thomma....
    145 Shares
  •  
    Ahmad Faizal Mengharapkan Agar Kekal Sebagai Menteri Besar Perak....
    119 Shares
  •  
    Biodata Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12....
    106 Shares
  •  
    Waktu Berbuka Puasa & Imsak Pahang 2020...
    92 Shares
  •  
    Panik Wabak Koronavirus, Haiwan Peliharaan Dicampak Hingga Mati....
    106 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·