• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi PM?.

Post Views: 453

Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi PM?.

 

 

LANGKAWI: Kedudukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Kelapan kini diibarat tidak lagi kukuh seperti diumumnya sebelum ini.

Ketua UMNO Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menegaskan, pergolakan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu di Pusat menjadi cabaran besar buat kerajaan negeri untuk mengekalkan kepimpinan Mukhriz seperti sedia ada.

Jelasnya, keputusan yang diambil di Pusat perlu diikut oleh kepimpinan negeri

“Keadaan tidak selaras ini tidak lama, kerana apabila Pusat sudah reda keadaan maka akan berlaku perubahan di negeri juga kerana arahan daripada ketua di Pusat mesti diikuti anak buah mereka di negeri.

“Contoh macam sekarang Pas ada 15 kerusi, Umno ada dua, jadi 17 di situ. Ada 36 kerusi bahagi dua, 18, jadi kalau ada kumpulan Azmin, maka Kedah sepatutnya bertukar pemerintahan kepada Pas kerana mereka majoriti.

“Tambahan kita sekarang sudah bersama, pada pendapat saya sekarang macam di Johor ada persefahaman. Di Kedah sekiranya di Pusat telah stabil dengan Muafakat Nasional campur Bersatu dan kumpulan negeri ini akan mengikut apa yang berlaku di Pusat,” katanya ketika ditemui di sini, pada Ahad.

Mukhriz sebelum ini dilaporkan berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal dipimpinnya selepas 19 Adun PH Kedah, bersetuju untuk menyokong kepimpinan beliau meskipun sebarang kata sepakat di peringkat pusat masih belum dapat dicapai.

Menurut Mukhriz, tindakan mewujudkan kepimpinan kerajaan negeri yang berstatus PH dan Bersatu ini adalah bagi menjamin kesepakatan serta proses perjalanan kerajaan negeri Kedah berjalan seperti biasa.

Sebelum ini juga, Ketua Pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah dijangka tidak mampu bertahan lama dan akan berpecah tidak lama lagi.

Jelasnya, keputusan gabungan bagi membentuk kerajaan negeri di bawah pimpinan Mukhriz akan berubah selewat-lewatnya pada Isnin.

Related

145
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Mukhriz Mahathir

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (47,053)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (20,082)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,111)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,912)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,856)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,398)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,862)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,567)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,986)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,931)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Biodata Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad, MB Johor ke-18?....
    132 Shares
  •  
    Lirik Lagu Wanita Oleh KRU....
    66 Shares
  •  
    COVID-19 : 212 Kes Terbaru , Jumlah Kes Terkini 1,518 di Malaysia....
    158 Shares
  •  
    Biodata Ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia Ke-...
    132 Shares
  •  
    Lelaki ‘Naik Hantu’ Belasah Teman Wanita Guna Lesung Batu....
    119 Shares
  •  
    Covid-19 : ‘Dalgona Coffee’ Menu Trending Di Sepanjang Tem...
    132 Shares
  •  
    Bolehkah Kita Makan Buah-Buahan Yang Masak Di Tepi Jalan?....
    119 Shares
  •  
    COVID-19 : PeruntukanTambahan RM600 juta Bagi KKM....
    92 Shares
  •  
    Terbaiklah Ku Li. “Orang Lama Kalau Berkias, Makan Dalam! Amik Hang,...
    145 Shares
  •  
    Kejam!. Simen Mayat Abang Dalam Tong Air....
    92 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·