• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Bahasa Melayu Pilihan Terbaik

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

‘Kek Itu Tumbang Dengan Tiba-Tiba, Bukan Gimik’ – Datuk Alha Alfa.

Post Views: 234

Datuk Alha Alfa menafikan insiden kek kaca lapan tingkat bernilai RM5,000 yang tumbang pada majlis resepsi perkahwinan adalah gimik.

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa menafikan insiden kek kaca lapan tingkat bernilai RM5,000 yang tumbang pada majlis resepsi perkahwinan di sini, Ahad lalu, adalah gimik bagi menjadikan acara berkenaan viral.

Alha berkata, apa yang berlaku, seperti video yang dikongsinya di Instagram, adalah tidak diduga.

“Mengikut perancangan awal, kek itu mahu diletakkan di bahagian tengah pentas utama dan berpusing sepanjang majlis berlangsung.

“Namun, disebabkan beberapa perkara, kek itu diletakkan di suatu sudut. Cuma hendak dijadikan cerita, ketika tetamu dan kakitangan naik ke pentas untuk bergambar dengan saya dan isteri, kek itu tumbang dengan tiba-tiba,” katanya kepada BH Online.

Ahad lalu, Alha dan isteri, Datin Noor Azlin Ismail meraikan tetamu termasuk sanak-saudara dan selebriti di majlis resepsi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini.

Dihias indah umpama alam kayangan, pelamin bernilai RM500,000 itu turut menempatkan kek kaca setinggi lapan tingkat yang menjadi tumpuan ramai.

Alha atau nama sebenarnya, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil bersyukur kek itu tidak menghempap tetamu kerana ketika kejadian, ramai sudah pulang.

“Mujur tiada orang di belakang kek itu… Saya anggap tiada rezeki. Tidak mengapa, kes boleh diganti dan dicari yang baharu.

“Insiden itu menjadi kenangan buat saya dan isteri selama-lamanya,” katanya sambil menambah tapak yang kurang kukuh mungkin menjadi punca kek berkenaan tumbang.

Alha yang juga penaja utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 bagaimanapun gembira perancang majlis, Nas Great Idea Weddings berjaya merealisasikan impian mendapatkan kek perkahwinan dihajati.

“Saya minta maaf atas apa yang terjadi dan kalau ada kekurangan ketika majlis berlangsung. Saya dan isteri amat menghargai semua tetamu,” katanya.

Mengenai perancangan berbulan madu, Alha, 31, belum memutuskannya.

“Selepas ini, saya akan terbabit dengan rakaman program dunia solekan di beberapa lokasi di luar negara. Mungkin ketika itulah saya selit masa untuk berbulan madu dengan isteri.

“Antara lokasi penggambaran adalah Paris, Jakarta dan Seoul,” katanya yang menikahi Noor Azlin di Taiping, Perak pada 28 September lalu.

– Berita Harian –

Incoming search terms:

  • keputusan pendidikan alha alfa (1)

Related

145
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Berita Semasa, Berita Terkini, Datuk Alha Alfa, Datuk Alha Alfa Dan kek kahwin

HIBURAN

Baby D ❤️ Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang. Sebak Luahan Abby Abadi.

Baby D ❤️ Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang. Sebak Luahan Abby Abadi.

Live Streaming Gegar Vaganza 2019 Minggu 9 (Suku Akhir).

Live Streaming Gegar Vaganza 2019 Minggu 9 (Suku Akhir).

Drama Setelah Ku Dimiliki.

Drama Setelah Ku Dimiliki.

PENDIDIKAN

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Bagaimana Cara Memohon SBP 2020 Tingkatan 4.

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

POPULAR

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya.
  • Live Streaming Gegar Vaganza 2019 Minggu 9 (Suku Akhir).
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih
  • Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone
  • Hina sungguh. Lagi Artis Malaysia Berbikini di Pulau Redang.
  • Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online dan SMS
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis
  • Cara Bagaimana Elak Kucing Naik Atas Meja & Kereta
  • Cara Hilangkan Bisa Darah Beku Pada Kuku Tersepit

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Join 560 other subscribers

CARIAN TERKINI

gegarvaganza separuh akhir 2019, bagaimana memasuki ijazah perubatan, YOU TUBE GEGAR VAGANZA SUKU AKHIR LIVE 2019, gegar vaganza suku akhir 2019, setelah ku dimiliki episod 28 (akhir), minggu akhir gv2019, cara cara checking keputusan online 2017, psp kpdnhep gov my/kpdnheppsp, milo perut babi, Jasmin hamid

Copyright © 2019 · MYINFORMASI® ·