Konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Naqiu berjaya mengekalkan kedudukan pertama dan Roy menjadi bintang kelima tersingkir.
Namun, nasib tidak menyebelahi Roy yang menyanyikan lagu Seniman Menangis (Datuk Jamal Abdillah) yang kurang memberikan impak pada konsert kali ini.
Konsert minggu kelapan juga menyaksikan Naqiu dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power.
Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan persembahan terbaik daripada juri.
Pemenang menerima hadiah istimewa daripada menerima RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.
Biarpun tersingkir, Roy diumumkan sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak dan memenangi Penapis Udara bernilai RM3,500.
Manakala, Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau menerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.
Live GV Minggu 8 : Siapa Yang Akan Caras Siapa Ahad Ini?
Yang pasti kesemua bintang GV2019 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Fauzi Marzuki sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Keputusan GV Minggu Ke-8 2019
1. Naqiu – Percayalah (73%)
Hetty Koes Endang: Ini yang sebetulnya saya harapkan daripada semua peserta. Lagu ini melekat dengan Siti, jadi saya cuba cari kesalahan. Kamu ada modulasi. Endingnya kamu hajar! Penampilan anda setiap minggu berubah-ubah.
Ramli MS: ada part depan tak suka. Kraken!
2. Jatt Ali – Sejuta Wajah (72%)
Fauzi Marzuki: Saya dah tengok persembahan anda, dapat komen bagus. Malam ini anda hentam je lagu, bagus! Dia nyanyi feel, blues, dia perform.
3. Hady Mirza – Malaikat (70%)
Tarmimi Siregar: Anda nampak muda 10 tahun, sungguh cantik persembahan tadi.
4. One Nation Emcees – Anak (65%)
Tarmimi Siregar: So good! Sketsa tadi tambah perisa. Yang rap pun sampai suara dia.
5.Wann – Wajah Rahsia Hati (63%)
Fauzi Marzuki: Daripada segi nyanyian tak ada masalah, cuma pada interlude kena betul-betul berlatih pitching. Anda perlu bijak cover diri sendiri.
6. Noorshila Amin – Samar Bayangan (62%)
Ramli MS: Cantik! Walau suara pecah kami tak juri warna suara. Dalam suara ada angin, dalam angin ada nada, kami menjuri dari situ. Hari ni cantik suara.
7.Sham Visa – Separuh Aku (58%)
Tarmimi Siregar: Macam Ironman malam ni. Minggu ni nampaknya baik walau berhati-hati.
Ramli MS: Minggu ini saya kena jadi kejam sikit.
8. Nurfatima – Cobalah Untuk Setia (58%)
Hetty Koes Endang: Ekspresi kamu seharusnya penuh emosi. Kamu fahami isi cerita lagu. Tembakan tengah-tengah ada. Akhir-akhir ada flat! Bahasa badan seharusnya lepaskan sahaja jangan statik sangat.
9.Roy – Seniman Menangis (55%)
Ramli MS: 40 peratus nyanyian okey, feel itu jangan diulang. Sekali sahaja okey.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.