• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Koronavirus : Orang Ramai Tak Perlu Panik, Risau’-Ujar Wan Azizah.

Post Views: 201

Koronavirus : Orang Ramai Tak Perlu Panik, Risau'-Ujar Wan Azizah.

ORANG ramai tidak perlu risau dan panik mengenai kes import pertama membabitkan rakyat Malaysia berusia 41 tahun yang dilaporkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV) pada 4 Februari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, seramai 69 orang yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan lelaki terbabit sudah menjalani ujian dan pihak berkenaan sudah buat pengesanan kontak.

“Hasil pemeriksaan dan saringan mendapati semua mereka negatif bagi jangkitan koronavirus.

“Bagaimanapun, agensi berkaitan akan meneruskan pengesanan kontak, termasuk berbincang serta bekerjasama dengan kerajaan Singapura,” katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi terkini jangkitan 2019-nCoV dan pengesanan kes baharu di Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Selepas kes membabitkan lelaki berkenaan yang baru pulang daripada menghadiri persidangan di Singapura, adik perempuannya turut positif menjadikan kes tempatan pertama virus berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata, Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak menyekat kemasukan pelancong warga China kecuali dari Wuhan, Hubei.

Beliau berkata, setakat ini, tiada keperluan untuk menyekat kesemua pelancong dari China.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak berikan kita pandangan begitu. Ini disebabkan, kita tak nak panik kerana di Malaysia masih terkawal.

“Kita harus menyeimbangkan antara keperluan menjaga kesihatan negara dan ekonomi.

“Setakat ini, ia masih terkawal dan tak memudaratkan keadaan,” katanya.

Related

132
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Koronavirus, Wan Azizah

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (47,053)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (20,082)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,111)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,912)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,856)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,398)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,862)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,567)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,986)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,931)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Biodata Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad, MB Johor ke-18?....
    132 Shares
  •  
    Lirik Lagu Wanita Oleh KRU....
    66 Shares
  •  
    COVID-19 : 212 Kes Terbaru , Jumlah Kes Terkini 1,518 di Malaysia....
    158 Shares
  •  
    Biodata Ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia Ke-...
    132 Shares
  •  
    Lelaki ‘Naik Hantu’ Belasah Teman Wanita Guna Lesung Batu....
    119 Shares
  •  
    Covid-19 : ‘Dalgona Coffee’ Menu Trending Di Sepanjang Tem...
    132 Shares
  •  
    Bolehkah Kita Makan Buah-Buahan Yang Masak Di Tepi Jalan?....
    119 Shares
  •  
    COVID-19 : PeruntukanTambahan RM600 juta Bagi KKM....
    92 Shares
  •  
    Terbaiklah Ku Li. “Orang Lama Kalau Berkias, Makan Dalam! Amik Hang,...
    145 Shares
  •  
    Kejam!. Simen Mayat Abang Dalam Tong Air....
    92 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·