• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Lelaki ‘Naik Hantu’ Belasah Teman Wanita Guna Lesung Batu.

Post Views: 377

Lelaki ‘Naik Hantu’ Belasah Teman Wanita Guna Lesung Batu.

lelaki 'naik hantu'

 

PERAI – Seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila bertindak membelasah teman wanitanya menggunakan lesung batu sehingga cedera selepas mangsa dikatakan tidak menyediakan makanan selain sering berleter.

Dalam kejadian di Taman Kimsar, jam 9.15 pagi tadi, suspek berusia 47 tahun yang tinggal bersama mangsa sejak tiga tahun lalu turut memukul wanita berusia 44 tahun itu dengan menggunakan besi buaian kanak-kanak sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi dan belakang kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori telah berkahwin dan keluarganya tinggal di Bedong, manakala wanita berkenaan berstatus janda dan mempunyai tiga orang anak.

“Pada awal perkenalan hanya mangsa yang tinggal serumah dengan suspek, namun mangsa membawa dua anak kandungnya dan dua cucu tinggal serumah dengan mereka.

“Perkara tersebut telah berlarutan sehingga dua tahun menyebabkan suspek terpaksa menanggung segala perbelanjaan di rumah berkenaan.

“Keadaan itu membuatkan suspek tertekan dan mereka dikatakan kerap bertengkar disebabkan wanita berkenaan suka berleter,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mustafa berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian melalui jiran tetangga yang menghubungi polis selepas melihat wanita berkenaan dalam keadaan berdarah akibat pergelutan berlaku di luar rumah.

Katanya, sepasukan polis termasuk Unit Forensik diarahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan dan menemui tompokan darah di atas lantai di kawasan tempat letak kereta serta di hadapan rumah.

Polis turut merampas penumbuk lesung batu dan satu besi buaian kanak-kanak yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian terbabit.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, namun tiada kesan kecederaan serius dilaporkan.

Katanya, suspek telah ditahan dan akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Related

119
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Belasah Teman Wanita Guna Lesung Batu.

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (49,697)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (21,731)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,494)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (13,392)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (12,151)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,890)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (8,008)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,645)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (6,078)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (6,014)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Waktu Berbuka Puasa & Imsak Pahang 2020...
    92 Shares
  •  
    Popia Cheese Berhantu, Cheese Lovers Patut Cuba!....
    92 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·