Gegar Vaganza 2019 (Minggu 7) – Separuh Akhir. Untuk Gegar Vaganza 2019 live (Minggu 7)., 9 orang peserta akan bertanding. Sekejap je dah nak minggu Separuh Akhir, betul tak? Agak – agaknya, siapa yang akan caras siapa Ahad ini?
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
Assalamualaikum semua! Sihat ke korang hari ini? Alhamdulillah.
Korang tengok tak persembahan para peserta gegar vaganza 2019 pada hari ahad baru – baru ini?
MALAM INI!!!
Jangan lupa tonton GV Minggu 7 jam 9:00 malam ini menerusi saluran Astro Ria.
SENARAI LAGU Gegar Vaganza 2019 (Minggu 7) – Separuh Akhir.
- Nabil dan Jihan- Anta Permana
Hady Mirza – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
Naqiu – Rampas (Akim and Majistret)
Jatt Ali – Sumpah (Naim Daniel)
Nurfatima – Patah Seribu (Shila Hamzah)
Roy – Hajat (Hael Husaini)
Sham – Pergi (Aizat Amdan)
Wann – Terlalu Memuja (Wanie Hasrita)
Noorshila – Vroom Vroom (Nabila Razali)
One Nation Emcess – Bila Rindu (Ruffedge)
baca sini : Live Gegar Vaganza 2019 (Minggu 6).
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Hady Mirza – Cinta Luar Biasa (81%)
Hetty Koes Endang: malam ini saya rasa persembahan anda bagus. Semua complete! Penjiwaan, artikulasi, klimaks ada. Itulah profesional!
Ramli MS: Inilah orang menyanyi, terima kasih Hady.
2. Naqiu Boboy – Juwita (78%)
Ramli MS: Tuhan tak bagi semua orang; bakat! Kamu ada. Bersyukur, guna sebaik mungkin dan sentiasa membumi. Kalau ingat kita bagus, ada orang lain lagi bagus.
Saari Amri: Saya sendiri pun terpegun, sebutan dia jelas.
3. Jatt Ali – Still Loving You (76%)
Hetty Koes Endang: Hampir sempurna dari awal sampai chorus. Sepatutnya jangan turunkan. Perlu improvisasi.
4. Nurfatima – Enggan (71%)
Saari Amri: Anda tak banyak buat silap.
Hetty Koes Endang: Penjiwaan, dinamik dapat. Lagu ini tak mudah. Ibaratnya memandu sampai puncak, dapat tembakan itu. Inilah lagu pertandingan. Vibrator harus ditahan.
5. Roy – Sonata Musim Salju (65%)
Saari Amri: Suka dgn suara jantan dia, salah satu vokal yang terbaik.
Hetty Koes Endang: Sangat cocok sekali dengan suara anda, penyampaian juga bernostalgia kerana lagu ini ada ceritanya. Perkataan ‘permaisuri’ tercekik.
6. Sham Visa – Suratan Takdir (64%)
Saari Amri: Suara anda sedap didengar macam zaman dulu. Suara sakit itu yang sedap dengar!
Ramli MS: Saya rasa lebih baik sakit. Effort jiwa tu lebih baik.
Hetty Koes Endang: Sebagai artis, musuh kita kesihatan terapi karakter suara kamu terserlah kali ini. Seharusnya lebih maksima lagi, overall saya suka dengan suara kamu.
7. Wann – Pengemis Cinta (59%)
Ramli MS: Sekarang dah tak lokek selalu sustain notasi hujung-hujung. Cara sendiri itu identiti penyanyi, tapi penyanyi kena ikut lagu. Patah lagu jangan tukar pendek sangat. Tapi anda sudah banyak improved.
8. Noorshila Amin – Karena Pengalaman (54%)
Hetty Koes Endang: Kalau nyanyi dangdut sangat sinonim dengan goyang dan cengkok. Tapi hati-hati dengan isi cerita dan mimik muka kerana tak selari. Sepatutnya anda rasa kesal. Daripada segi nyanyian, ada beberapa bahagian yang flat dan sharp, hati-hati juga dengan pernafasan. Namun, saya puji kerana kerana anda berani menyanyi genre lain.
9. One Nation Emcees – Gadis Dan Bunga (52%)
Hetty Koes Endang: Saya teliti satu persatu, showmanship kalian terbaik! Kerana pertandingan saya dengar suara satu-persatu. Pembahagian suara kurang puas.
10. Feeza – Terus Mencintai (46%)
Ramli MS: Okey-okey, markah saya tak belanja.
Saari Amri: Macam tak rasa, mula-mula masuk macam terkucil sikit. Nampak penat.
Incoming search terms:
- gegarvaganza separuh akhir 2019 (7)
- gv 2019 minggu 7 (4)
- gegar vaganza suku akhir 2019 (2)
- tonton gegar vaganza 2019 minggu 7 (1)
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.