• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Malaysia Sekat Pelancong China Dari Wilayah Zhejiang Dan Jiangsu.

Post Views: 242

Malaysia Sekat Pelancong China Dari Wilayah Zhejiang Dan Jiangsu.

 

MALAYSIA memperluaskan sekatan perjalanan masuk bagi pelancong China dari Wilayah Zhejiang dan Jiangsu, berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, negara hanya membuat sekatan bagi Wilayah Hubei membabitkan 16 bandar sekitarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihak berkuasa di China sudah mengenakan sekatan terhadap tiga wilayah iaitu Hubei, Zhejiang dan Jiangsu.

“Jadi, kita memutuskan sekatan diperluaskan kepada dua lagi wilayah iaitu Zhejiang membabitkan lima bandar dan Jiangsu dua bandar dengan serta merta.

“Ia selaras dengan keputusan pada 27 Januari lalu, iaitu sekatan perjalanan akan dikuatkuasakan mengikut wilayah yang dikenakan sekatan oleh Kerajaan China.

“(Sehubungan itu) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta memperketatkan lagi sekatan sedia ada kepada semua pelancong tanpa mengira kerakyatan, bagi yang pernah mengunjungi atau berada di tiga wilayah disebutkan iaitu Hubei, Zhejiang dan Jiangsu, untuk tidak memasuki Malaysia dalam tempoh 14 hari selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JIM dan agensi lain yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru juga diminta untuk meningkatkan aspek kawalan dengan memberikan nasihat yang sewajarnya kepada orang ramai yang melalui pintu masuk ini.

“Memandangkan situasi masih terkawal, tiada keperluan untuk menyekat terus perjalanan keluar masuk dari China kecuali tiga wilayah membabitkan 23 bandar yang dikenakan ‘lock-down’,” katanya.

Setakat semalam, sebanyak 811 kematian dicatatkan akibat wabak koronavirus baharu.

Related

119
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Koronavirus, Pelancong China Dari Wilayah Zhejiang Dan Jiangsu.

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (33,783)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (18,550)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (14,795)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,506)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,596)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (8,964)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,765)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,493)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,897)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,877)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Kilang Makanan Di Kuala Pilah Pamer Logo Halal Palsu Diserbu....
    132 Shares
  •  
    COVID-19 : Singapura Potong Sebulan Gaji Pemegang Jawatan Politik....
    119 Shares
  •  
    COVID-19 : Itali Merekodkan Lematian Terbesar , 15 Juta Penduduk Kuara...
    172 Shares
  •  
    COVID-19 : Senarai Skim Bantuan Dan Insentif Kerajaan Malaysia....
    119 Shares
  •  
    Gaji Minimum RM1,200 Akan Berkuat Kuasa Pada 1 Februari....
    119 Shares
  •  
    Terkini : 17 Mati, 21 Cedera Tembakan Rambang Oleh Jakrapanth Thomma....
    145 Shares
  •  
    Ahmad Faizal Mengharapkan Agar Kekal Sebagai Menteri Besar Perak....
    119 Shares
  •  
    Biodata Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12....
    106 Shares
  •  
    Waktu Berbuka Puasa & Imsak Pahang 2020...
    92 Shares
  •  
    Panik Wabak Koronavirus, Haiwan Peliharaan Dicampak Hingga Mati....
    106 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·