• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Malaysia vs Indonesia. Pertembungan Dua Musuh Tradisi.

Post Views: 426

Malaysia vs Indonesia. Pertembungan Dua Musuh Tradisi.

 

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Pertembungan dua musuh tradisi, Malaysia vs Indonesia pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok, dijangka menampilkan satu lagi perlawanan epik dalam usaha kedua-dua pasukan merealisasi misi masing-masing.

Di kala skuad Harimau Malaya terus bernafsu meneruskan rekod cemerlang di laman sendiri bagi mencerahkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China, skuad Garuda pula hadir ke Kuala Lumpur dengan misi menebus maruah mereka yang tercalar, susulan empat kekalahan berturut-turut yang dialami dalam kempen kelayakan kali ini.

 

baca sini :

Live Malaysia vs Indonesia. Siapa Bakal Menang?.

Sebagai rekod, Malaysia membenam pasukan ranking ke-116 dunia, Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan, 9 Nov lalu, sebelum meleburkan rekod tanpa kalah juara lima kali Piala AFF Suzuki, Thailand, menerusi kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, selang lima hari kemudian.

Nasib Indonesia pula boleh diibaratkan bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ susulan empat kekalahan iaitu, tewas 2-3 kepada Malaysia, diaibkan 0-3 dan 0-5 kepada Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta kecundang 1-3 kepada pendahulu Kumpulan G, Vietnam di Hanoi pada 15 Nov lalu.

Bagaimanapun, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak memandang mudah saingan sengit Indonesia yang kini dilatih pengendali sementara Yeyen Tumena, susulan pemecatan jurulatih kelahiran Scotland, Simon McMenemy oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), baru-baru ini.

Jurulatih berusia 51 tahun itu berpandangan, skuad Garuda semestinya mahu menamatkan badi kekalahan dalam kempen kelayakan pada kali ini, termasuk membalas dendam kekalahan 2-3 kepada skuad kebangsaan pada aksi pembukaan pusingan kelayakan di Jakarta, pada 5 Sept lalu.

“Perlawanan malam esok berbeza daripada perlawanan terdahulu, kerana Indonesia membawa beberapa pemain baharu, selain pengendali baharu, dan melihat kepada kehadiran awal mereka ke Malaysia, ia membuktikan mereka serius untuk perlawanan ini,” jelasnya pada sidang media pra-perlawanan, hari ini.

Rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan jelas memihak kepada Indonesia yang mencatatkan 39 kemenangan, berbanding Malaysia yang melakar 36 kemenangan, manakala 21 lagi baki perlawanan berkesudahan seri.

Jika diukur dari segi konsistensi, kelebihan jelas berpihak kepada skuad Harimau Malaya yang mencatat keputusan positif dalam beberapa perlawanan sejak kebelakangan ini, sekali gus memberi bayangan skuad kebangsaan jelas berkobar-kobar memburu satu lagi kemenangan, apatah lagi beraksi di laman sendiri.

Kebanjiran penyokong di venue perlawanan malam esok, semestinya menjadi tonik tambahan kepada skuad negara, namun Indonesia sudah biasa dengan kehadiran penyokong yang ramai di venue perlawanan, terutamanya dalam saingan domestik negara republik berkenaan.

Kehadiran kira-kira 80,000 penyokong skuad Harimau Malaya pada perlawanan malam esok, memberi isyarat jelas bahawa mereka sanggup mengeluarkan wang saku sendiri, bagi memastikan skuad kebangsaan dapat meraih satu lagi keputusan positif, di laman sendiri.

Kenyataan tersebut selari dengan kata-kata yang pernah diungkapkan lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang pernah berkata “setiap pasukan perlu mempamerkan persembahan terbaik, jika mahu menarik penonton datang ke stadium. Ia mesti berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Jika bermain seperti sampah, tiada siapa mahu menonton, walaupun percuma!”.

Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan kutipan enam mata, manakala Indonesia gagal meraih sebarang mata selepas empat perlawanan.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia dijadualkan berdepan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020, sebelum menamatkan aksi pusingan kelayakan menentang Thailand pada 9 Jun 2020 di tempat lawan.

— BERNAMA

Related

92
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Dua Musuh Tradisi., Malaysia vs Indonesia, Malaysia vs Indonesia. Pertembungan Dua Musuh Tradisi.

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (47,013)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (20,066)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,106)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,907)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,851)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,394)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,861)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,566)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,986)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,925)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Tommy Thomas Letak Jawatan Sebelum Kontrak Berakhir....
    92 Shares
  •  
    MH370 : Enam Tahun Berlalu, Seorang Ayah Bagai Kehilangan Kata-Kata....
    132 Shares
  •  
    Bantuan Khas Covid-19 : Senarai Dokumen Permohonan NADMA....
    106 Shares
  •  
    Cara Permohonan Prasekolah KPM Online Dan Manual....
    92 Shares
  •  
    COVID-19 : Wilayah Pengeluaran Minyak Di Qatif Arab Saudi Ditutup....
    132 Shares
  •  
    Tarikh Rasmi Semakan Dan Permohonan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL....
    106 Shares
  •  
    Rakyat Kemboja Pertama Diuji Positif COVID-19....
    79 Shares
  •  
    COVID-19 : Eksport Penutup Hidung, Mulut mungkin Dihentikan....
    106 Shares
  •  
    COVID-19 : Bekas Duta Iran, Sayyed Hadi Khosroshahi Meninggal Dunia....
    132 Shares
  •  
    COVID-19 : Mesir mengesahkan 33 Kes Baharu....
    92 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·