• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Operasi Ketum Punca Rumah Pegawai Kanan Kastam Di Serang Bom Botol.

Post Views: 290

Operasi Ketum Punca Rumah Pegawai Kanan Kastam Di Serang Bom Botol.

 

TUMPAT – Kediaman pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diserang dengan bom botol di Kampung Perupok di sini awal pagi tadi dipercayai berkaitan operasi ketum.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan operasi rampasan ketum berhubung kejadian pada jam 2.45 pagi itu.

“Kejadian disedari abang ipar mangsa yang berada di rumah itu yang terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di garaj, pada masa sama dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan kelam kabut. Dia kemudian menghubungi bomba.

“Berkemungkinan kejadian yang berlaku ini ada kaitan dengan tugasannya (pegawai kastam) bagaimanapun siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serangan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Abdul Rashid Daud.

Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya menemui pemetik api dan botol berbau petrol.

“Polis juga akan menyiasat kes rampasan ketum di Pasir Mas baru-baru ini yang dilakukan mangsa.

“Kejadian ini mungkin dilakukan penunggang motosikal yang dilihat oleh abang ipar mangsa dan ketika itu mangsa tidak berada di rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, serangan yang mencetuskan kebakaran itu memusnahkan garaj, dua buah kereta iaitu Mitsubishi Triton dan Toyota Yaris dianggarkan berjumlah RM150,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.

Related

145
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Operasi Ketum, umah Pegawai Kanan Kastam Di Serang Bom Botol.

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (33,783)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (18,551)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (14,795)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,506)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,596)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (8,964)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,765)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,494)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,897)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,877)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Kilang Makanan Di Kuala Pilah Pamer Logo Halal Palsu Diserbu....
    132 Shares
  •  
    COVID-19 : Singapura Potong Sebulan Gaji Pemegang Jawatan Politik....
    119 Shares
  •  
    COVID-19 : Itali Merekodkan Lematian Terbesar , 15 Juta Penduduk Kuara...
    172 Shares
  •  
    COVID-19 : Senarai Skim Bantuan Dan Insentif Kerajaan Malaysia....
    119 Shares
  •  
    Gaji Minimum RM1,200 Akan Berkuat Kuasa Pada 1 Februari....
    119 Shares
  •  
    Terkini : 17 Mati, 21 Cedera Tembakan Rambang Oleh Jakrapanth Thomma....
    145 Shares
  •  
    Ahmad Faizal Mengharapkan Agar Kekal Sebagai Menteri Besar Perak....
    119 Shares
  •  
    Biodata Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12....
    106 Shares
  •  
    Waktu Berbuka Puasa & Imsak Pahang 2020...
    92 Shares
  •  
    Panik Wabak Koronavirus, Haiwan Peliharaan Dicampak Hingga Mati....
    106 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·