• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

PRK Kimanis : Kita Kalah Lebih Teruk Daripada Dulu- Tun Mahathir Kecewa.

Post Views: 427

PRK Kimanis : Kita Kalah Lebih Teruk Daripada Dulu- Tun Mahathir Kecewa.

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya, akan memahami dan merasai bahawa pemerintahan kerajaan hari ini adalah lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

“Segala yang kita lakukan mengambil masa, macam kita buat dasar baru untuk pertanian, kita tidak boleh buat hari ini esok sudah dapat hasil, kena ambil masa,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Santai 2020 Parlimen Kuala Kedah, Alor Setar, ketika diminta mengulas mengenai keputusan PRK itu.

baca sini:Faktor Kekalahan WARISAN Di PRK Kimanis.

PH adalah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH berkata, parti itu akan melakukan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan itu dan pandangan rakyat Sabah terhadap pemerintahan kerajaan.

“Ya, kita akan tentukan apa sebabnya kita kalah. Kalah lebih teruk daripada dulu. Jadi kita nak tahulah kenapa, apa yang buat rakyat Sabah kecewa dengan pemerintahan kita ini,” katanya.

Katanya, parti juga perlu terus berdamping dan sentiasa dekat dengan rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan cuba membantu menyelesaikannya.

Diminta mengulas keperluan jentera parti menerangkan dasar-dasar kerajaan susulan kekalahan PH dalam beberapa lagi PRK lain sebelum ini, Dr Mahathir mengakui ada ketika parti gagal berhubung dengan rakyat untuk menerangkan perkara itu selain menceritakan pencapaian kerajaan.

“Ya, kita dapati kadang-kadang kita tak pandai nak berhubung dengan rakyat. Nak menceritakan tentang apa yang telah kita lakukan, kejayaan yang telah kita capai,” katanya.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Keputusan pengundian semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas calonnya Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi, menewaskan pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Warisan.

Related

158
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: PH, PRK Kimanis, Tun Mahathir, WARISAN

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (49,697)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (21,739)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,494)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (13,392)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (12,151)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,891)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (8,009)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,645)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (6,079)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (6,014)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Waktu Berbuka Puasa & Imsak Pahang 2020...
    92 Shares
  •  
    Popia Cheese Berhantu, Cheese Lovers Patut Cuba!....
    92 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·