PHNOM PENH: Rakyat Kemboja pertama telah diuji positif COVID-19, kata Kementerian Kesihatan hari ini.
Lelaki berusia 38 tahun itu adalah seorang daripada empat orang yang diuji kerana dia mempunyai hubungan langsung dengan pelawat Jepun yang kemudiannya diuji positif virus itu, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Or Vandin, pada sidang akhbar.
Rakyat Jepun itu telah meninggalkan Kemboja dari Siem Reap, berhampiran kuil purba Angkor Wat, salah satu tarikan pelancong di rantau ini.
Kemboja sebelum ini melaporkan jangkitan virus itu membabitkan lelaki China. Dia telah pulih dan pulang ke rumah. – REUTERS
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.