• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Post Views: 2,403

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semakan Keputusan UKSBP 2020 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Kepada pemohon mahupun ibu bapa yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP sesi 2020 dan telah menduduki Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) tahun ini, anda boleh membuat semakan keputusan UKSBP pada tarikh yang telah di umumkan.

Keputusan Ujian Kemasukan SBP bagi sesi 2020 akan di umumkan bergantung kepada tingkatan kemasukan.

Untuk Tingkatan 1, keputusan ke SBP akan di umumkan selewat-lewatnya pada 20 Disember iaitu selepas pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019.

Untuk Tingkatan 4 pula, keputusan UKSBP akan di umumkan selewat-lewatnya sebelum atau pada 14 Januari 2020 iaitu selepas keputusan PT3 di umumkan.

TARIKH PENTING UKSBP 2020
PERKARA BUKA TUTUP
Permohonan 27 Ogos 2019 27 September 2019
Ujian  14 Oktober 2019 18 Oktober 2019
Keputusan 20 Disember 2019* 27 Januari 2020*
*Nota : Sebarang perubahan pada tarikh akan di kemaskini dari semasa ke semasa

Link Pautan Semakan Keputusan UKSBP 2020

Sebelum melakukan semakan. Pastikan calon telah melakukan perkara berikut untuk mengelakkan kesulitan.

  1. Sila Masukkan Angka Giliran UPSR / PT3 2019 dan Klik Butang Semakan
  2. Pastikan maklumat dalam Angka Giliran calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR / PT3 calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk bantuan.

Untuk calon Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh, boleh lakukan semakan melalui pautan di bawah :

  • Check Keputusan SBP Tingkatan 1 2020

Untuk calon Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh boleh lakukan semakan keputusan melalui pautan di bawah :

  • Check Keputusan SBP Tingkatan 4 2020

Cara Lain Untuk Melakukan Semakan Keputusan UKSBP

Semakan keputusan permohonan ke SBP juga boleh dibuat melalui :

  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan  Sekolah Kecemerlangan, KPM
  • Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Semakan melalui SMS

Calon Berjaya Dalam UKSBP

Jika calon telah BERJAYA dalam keputusan Ujian UKSBP 2020 yang di umumkan. Surat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh akan di sertakan sekali bersama.

Jika calon bersetuju untuk menerima Tawaran Ke SBP, arahan di bawah adalah perlu di ikuti oleh calon :

  • Murid yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran dan lampiran yang disertakan.
  • Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  • Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar / palsu, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut.
  • Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
  • Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.
  • Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.

Calon Gagal Dalam UKSBP

Sekiranya calon GAGAL dalam keputusan Ujian UKSBP 2020, calon masih boleh membuat rayuan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Permohonan boleh di buat pada hari yang sama keputusan di umumkan.

Keputusan Tawaran Permohonan Ke SBP 2020

Permohonan E-Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2020.

Tatacara membuat rayuan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh bagi calon yang gagal Ujian UKSBP 2020 adalah seperti di bawah. Calon hendaklah telah memohon online kemasukan ke SBP Sesi 2020 dan telah menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) namun Gagal/Tidak Berjaya.

Cara membuat rayuan ke SBP melalui e-rayuan :

  • Masuk ke laman sesawang : Tingkatan 1 & Tingkatan 4
  • Klik Sistem Semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/ PT3
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada E-Rayuan
  • Klik Hantar.

Soalan Berkaitan E-Rayuan SBP

Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?

Murid yang tidak membuat permohonan secara dalam talian dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.

Murid boleh membuat permohonan baru apabila e-Rayuan dibuka.

Bilakah e-Rayuan dibuka? 

e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.

Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?

Murid yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan murid yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:

    • Masuk ke laman sesawang : www.moe.gov.my
    • Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
    • Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
    • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
    • Klik pada e-rayuan.

Bolehkah murid yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?

Boleh. Walaubagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.

Tarikh Keputusan E-Rayuan.

Keputusan e-Rayuan SBP akan diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini (Tahun lepas pada 29 Januari 2019 sehingga 11 Februari 2019).

Keputusan E-Rayuan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan lain tidak akan dipertimbangkan.

Related

92
SHARES
KONGSIKAN

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (47,092)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (20,096)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,114)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,915)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,861)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,407)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,862)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,567)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,986)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,931)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi P...
    145 Shares
  •  
    Sah! Pakatan Harapan Runtuh Di Perak....
    79 Shares
  •  
    Popia Cheese Berhantu, Cheese Lovers Patut Cuba!....
    92 Shares
  •  
    Mat Sabu Hairan, Kenapa Tak Boleh Tunggu Lagi Tiga Tahun?....
    132 Shares
  •  
    Pencegahan COVID 19 Yang Perlu Kita Lakukan....
    92 Shares
  •  
    SPR Sedia Laksana PRU-15, Tetapi Kos PRU RM750j Hingga RM800j’....
    132 Shares
  •  
    Video Misi Menyelamat Tragedi Hotel Pusat Kuarantin Covid-19 Runtuh Di...
    145 Shares
  •  
    COVID-19 : KTMB Henti Tren Antara Negeri Dan Bandar Sepanjang PKP....
    145 Shares
  •  
    “Terima kasih Tun …Ini masanya untuk anda berehat – ...
    132 Shares
  •  
    Bertuala, Bersembunyi Dalam Siling Takut Dicekup....
    79 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·