• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Post Views: 1,892

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2020 | Berikut dikongsikan maklumat penting semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP.

Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh adalah idaman pelajar dan kebanggaan ibu bapa. Mana-mana ibu bapa pasti mahukan anak mereka belajar di kalangan pelajar-pelajar cemerlang. Jadi sudah pasti SBP adalah antara pilihan terbaik para ibu bapa.

Semakan UKSBP

Tarikh Dan Applikasi Semakan Keputusan UKSBP 2020

Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP 2020 :-

  • Tingkatan 1 pada 4 Oktober 2019
    Link Semakan : https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
  • Tingkatan 4 pada 11 Oktober 2019
    Link Semakan : https://sst4.moe.gov.my/

FAQ Permohonan SBP 2020

  • Soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan Pengetahuan Am.
  • Sila bawa MyKad pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP.

Tarikh Ujian UKSBP Tahun 2020

Tarikh ujian adalah berdasarkan tingkatan kemasukan.

  • UKSBP bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 14 hingga 18 Oktober 2019
  • UKSBP ntuk Tingkatan 4 pula akan dilaksanakan secara serentak di 69 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 21 hingga 24 Oktober 2019

Syarat Pemilihan Ke SBP

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? Selain syarat pemilihan murid Tingkatan 1 dan 4 yang dikongsikan di bawah ini, murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP. Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan, pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 juga adalah berdasarkan kepada merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Kaedah Pemilihan Murid

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Tahniah di ucapkan kepada pelajar yang berjaya dalam Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP yang dihajati.

Soalan & Jawapan Berkaitan UKSBP.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)?

UKSBP adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP dan dilaksanakan kepada murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

Apakah kelayakan minimum untuk murid memduduki UKSBP?

Semua murid yang membuat permohonan dalam talian kemasukan ke SBP layak untuk memduduki UKSBP.

Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang Berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk SBP.

Dimanakah UKSBP akan dijalankan dan bagaimana untuk menyemak keputusan pusat UKSBP?

UKSBP akan dijalankan di 155 pusat di seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan melalui sekolah dan portal Jabatan Pendidikan Selangor.

Berapa lamakah jangkamasa UKSBP dijalankan dan berapakah bilangan soalan UKSBP yang perlu dijawab oleh murid?

Jangkamasa ujian adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

Bagaimanakah perjalanan UKSBP di pusat ujian yang telah ditetapkan?

UKSBP akan dijalankan dalam 3 sesi setiap hari di pusat ujian. Bilangan murid untuk setiap sesi sudah ditentukan oleh pihak BPSBPSK dan Pentadbir Pusat Ujian.

Jika murid berada di luar kawasan ketika tarikh UKSBP berlangsung, bagaimanakah caranya untuk murid mengambil ujian tersebut?

Dalam negara
Murid boleh menduduki UKSBP di pusat yang berdekatan jika berada di dalam negara. Murid hanya perlu membawa bersama slip menduduki peperiksaan yang telah dicetak.

Luar negara
Murid diberi peluang untuk ambil ujian dalam mana-mana sesi sepanjang ujian berlangsung. Jika masih di luar negara pada tarikh tersebut, murid berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.

Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP? 

Tidak dan Ya. Murid yang tidak membuat permohonan secara dalam talian dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.

 Murid boleh membuat permohonan baru apabila e-Rayuan dibuka.

Related

106
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Check Keputusan Ke SBP 2020, Keputusan Kemasukan Ke SBP 2020, Sekolah Berasrama Penuh, Semakan UKSBP, Semakan UKSBP 2020

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (36,855)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (18,894)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (14,854)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (12,580)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (11,637)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,063)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (7,798)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,512)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (5,912)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (5,888)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Koronavirus : Orang Ramai Tak Perlu Panik, Risau’-Ujar Wan Aziza...
    132 Shares
  •  
    Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi P...
    145 Shares
  •  
    Sah! Pakatan Harapan Runtuh Di Perak....
    79 Shares
  •  
    Popia Cheese Berhantu, Cheese Lovers Patut Cuba!....
    92 Shares
  •  
    Wajibkah Pesakit Mental Solat? ....
    66 Shares
  •  
    Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama ...
    132 Shares
  •  
    Mat Sabu Hairan, Kenapa Tak Boleh Tunggu Lagi Tiga Tahun?....
    132 Shares
  •  
    Pencegahan COVID 19 Yang Perlu Kita Lakukan....
    92 Shares
  •  
    Suzethe Margareth Bawa Anjing Ke Dalam Masjid Di Bogor Terlepas Hukuma...
    158 Shares
  •  
    SPR Sedia Laksana PRU-15, Tetapi Kos PRU RM750j Hingga RM800j’....
    132 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·