• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Malaysia. Pendidikan. Kerjaya. Kerajaan.

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

SPR Sedia Laksana PRU-15, Tetapi Kos PRU RM750j Hingga RM800j’.

Post Views: 355

SPR Sedia Laksana PRU-15, Tetapi Kos PRU RM750j Hingga RM800j'.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan pilihan raya umum (PRU) jika Parlimen dibubarkan susulan perkembangan semasa politik tanah air, kata Pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun.

Dalam kenyataannya hari ini, Azhar Azizan berkata, Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jika PRU diadakan kali ini, SPR menganggarkan jumlah perbelanjaan antara RM750 juta hingga RM800 juta, berbanding RM500 juta pada PRU-14 lalu.

“Pertambahan perbelanjaan tidak dapat dielakkan kerana SPR bercadang meneruskan semua penambahbaikan yang telah dilaksanakan dalam 10 pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU-14,” katanya.

Antara penambahbaikan itu termasuk pertambahan pusat mengundi dan saluran serta penyediaan saluran khas untuk pengundi orang kurang upaya (OKU), katanya.

Azhar Azizan berkata, SPR juga akan menyediakan kemudahan kerusi roda serta perkhidmatan pengangkutan perantara untuk kemudahan pengundi warga emas dan OKU.

“Di samping itu, penambahbaikan prasarana pusat mengundi seperti pembinaan laluan bersimen, tanjakan untuk penggunaan kerusi roda dan lain-lain kemudahan bagi memastikan keselesaan semasa proses pengundian berlangsung,” katanya.

Pada PRU-14, katanya peruntukan RM500 juta digunakan bagi memastikan 14.9 juta pengundi diberi kemudahan untuk memilih 222 Ahli Dewan Rakyat dan 505 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Katanya, seramai 259,443 petugas telah digerakkan bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

“Daripada jumlah itu, seramai 222 orang Pegawai Pengurus, 29,054 Ketua Tempat Mengundi dan selebihnya daripada pelbagai kategori petugas telah dilantik bagi melancarkan proses pengundian,” katanya.

Azhar Azizan berkata, sebanyak 8,839 pusat mengundi dan 29,054 saluran dibuka di seluruh negara pada PRU-14, membabitkan 600,417 buku kertas undi dan 88,113 botol dakwat pilihan raya.

Katanya, SPR akan mengeluarkan kenyataan media untuk sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang www.spr.gov.my atau Facebook rasmi SPR atau menghubungi talian 03-8892 7200 bagi mengelakkan penularan berita palsu. – BERNAMA

Related

132
SHARES
KONGSIKAN

Tagged With: Kos PRU, PRU-15, SPR, www.spr.gov.my

HIBURAN

I Can See Your Voice Malaysia 2020 Minggu 4

Video Live Streaming I Can See Your Voice Malaysia 2020 (Minggu 4)

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Lirik Lagu Wanita Oleh KRU.

Bakal Di GAM!,"Maafkan kami atas salah silap kami''- Drama Band.

Bakal Di GAM!,”Maafkan kami atas salah silap kami”- Drama Band.

PENDIDIKAN

Tarikh Semak Keputusan Peperiksaan SPM

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan UKSBP 2020

Semak Keputusan UKSBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh

Semakan Keputusan Ke SBP Sekolah Berasrama Penuh 2020

Semakan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Top 10

  • Biodata Neng Nada Sikkah. MashaAllah Cantiknya. (49,697)
  • Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2019 Semak Status Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Melalui SMS (21,739)
  • Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone (15,494)
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis (13,392)
  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih (12,151)
  • Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah Senarai Cuti Umum Malaysia 2019 Mengikut Setiap Negeri Dan Wilayah (9,891)
  • Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita Kenali Siapa One Avenue Band Dan Lagu Berjudul Kisah Antara Kita (8,009)
  • Moey Yun Peng Nama Mangsa Kereta Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Moey Yun Peng Nama Identiti Pemandu Terhumban Dalam Laut (7,645)
  • Ini Baru Namanya Menilai Buku Dari Isi. Menilai Tandas Dari Interior Design. (6,079)
  • Mahathir and Anwar have entered into a secret deal. (6,014)

PALING BANYAK DI KONGSI

  •  
    Waktu Berbuka Puasa & Imsak Pahang 2020...
    92 Shares
  •  
    Popia Cheese Berhantu, Cheese Lovers Patut Cuba!....
    92 Shares

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Copyright © 2021 · MYINFORMASI® ·