• Home
  • SITEMAP
  • ABOUT

MyInformasi®

Portal Informasi Bahasa Melayu Pilihan Terbaik

  • Home
  • INFORMASI
  • DALAM NEGARA
  • LUAR NEGARA
  • ISLAMIK
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • PENDIDIKAN

Zalim ! Anak Kurung Bapa Bagaikan Binatang Dalam Kandang Besi.

January 19, 2019 By Admin Portal Leave a Comment

Post Views: 299

Di sebalik tirai besi dalam ruangan kecil, kelihatan susuk tubuh ayah itu yang sudah uzur dan kurus kering, tidur kesejukan di atas lantai simen tanpa sehelai pakaian membalut tubuhnya. Di sisinya kelihatan pinggan plastik kosong untuk makan dan sebotol air mineral bagi menghilangkan dahaga.Gambar ayah yang penuh menyentuh emosi itu menjadi tular di laman facebook baru-baru ini dan mendapat perhatian ramai netizen hingga mengundang simpati yang begitu mendalam.

Zalim ! Anak Kurung Bapa Bagaikan Binatang Dalam Kandang Besi.

Tergamaknya mu duhai anak. Seorang ayah yang harus dihormati kerana telah membesarkan anak-anak dengan segala kudrat yang ada, namun diperlakukan dengan kejam hanya kerana di usia senjanya dia sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Hasil siasatan pihak polis, warga emas berkenaan yang berusia 68 tahun disahkan menghidap penyakit stroke. Dia yang lumpuh seluruh badan ditemui penduduk dalam keadaan menyayat hati di belakang sebuah rumah di daerah Medan Amplas, Sumatera Utara.

Difahamkan, warga emas berkenaan mempunyai tiga orang anak. Dia sebelum itu tinggal bersama anak perempuan dan menantunya. Namun, setelah jatuh sakit, dia dipindahkan berasingan daripada mereka dalam satu ruangan kecil dikelilingi gerigi besi.

Manakala, dua anaknya yang lain didakwa bekerja di Malaysia dan sudah tidak mengambil peduli lagi akan keadaannya itu.

Zalim ! Anak Kurung Bapa Bagaikan Binatang Dalam Kandang Besi.

Jurucakap pihak polis, Ginanjar Fitriadi berkata, warga emas itu telah dibawa bagi mendapatkan rawatan dan diserahkan kembali kepada keluarganya.

“Dari malam ahad, kami telah menguruskannya dengan membawa beliau ke hospital dan menyerahkan kembali kepada keluarganya.

“Kami juga sudah berbincang dengan pihak berwajib agar kes bapak ini mendapat perhatian sewajarnya,” kata Ginanjar.

Sementara itu, anak perempuan kepada warga emas tersebut yang berusia 28 tahun, berkata, ayahnya kehilangan semangat hidup semenjak mengidap penyakit lumpuh pada pertengahan bulan September 2018 lalu.

Ayahnya memerlukan bantuan sepenuhnya bagi menguruskan diri dan tidak boleh melakukan segala hal termasuk membuang air besar dan air kecil.

Jelas wanita itu, tindakan mengasingkan ayahnya itu diambil kerana ayahnya didakwa mengotorkan rumah dua bilik yang disewa oleh dia dan suaminya hingga mendapat aduan.

”Sebelum mengidap penyakit tersebut, ayah tidur di bilik tidur. Setelah sakit, kotoran ayah melumuri lantai, bahkan sampai ke dinding bilik hingga kami sering menerima aduan.

”Kami berdua kemudian membuatkan satu bilik khusus di bahagian belakang rumah untuk meletakkan ayah supaya lebih mudah membersihkannya setiap kali buang air besar atau kecil.

”Kebetulan di bilik juga ada barang-barang kami. Terkena sama kotoran bapak. Makanya kami buatkan bilik itu,” katanya.

Wanita itu turut memberi alasan bahawa gambar yang tersebar itu bukan seperti yang didakwa kerana dia tidak mengabaikan ayahnya seperti yang dituduh.

”Itu fotonya saat kami baru saja selesai membersihkan bapak. Jadi, kami tanggalkan baju dan seluarnya. Sebelum ini, pintu bilik bapak adalah gerisi besi.

”Ada pula yang mengambil gambar dan memuat naiknya ke media sosial. Jadilah heboh. Disangka kami mengurung bapak kami,” jelasnya lagi.

sumber:siakap keli

Incoming search terms:

  • Binatang apa yang di kurung (1)

Related

180
SHARES
FacebookTwitter

Filed Under: LUAR NEGARA Tagged With: Anak Kurung Bapa

HIBURAN

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Tak Guna Penutup Jamban?

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Tak Guna Penutup Jamban?

Bus Stop Viral Mira Filzah Telah Berubah Warna.

Bus Stop Viral Mira Filzah Telah Berubah Warna.

Drama Touch Your Heart – Ringkasan Sinopsis , Senarai Pelakon Korea Terlibat

PENDIDIKAN

UPU Online 2019 : Cara Permohonan, Tarikh Serta Syarat Kemasukan 2019/2020

UPU Online 2019 : Cara Permohonan, Tarikh Serta Syarat Kemasukan 2019/2020

Cara Semakan Analisis Peperiksaan Menggunakan Aplikasi SAPS Ibu Bapa

Cara Semakan Analisis Peperiksaan Menggunakan Aplikasi SAPS Ibu Bapa

Informasi Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2019

Informasi Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2019

Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang. Cancel reply

POPULAR

  • Apa Itu Gula Perang? Kebaikan Gula Perang Yang Perlu Anda Tahu Berbanding Gula Putih
  • Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis
  • Drama Touch Your Heart - Ringkasan Sinopsis , Senarai Pelakon Korea Terlibat
  • Kenali The Exchange 106 Dahulunya Di Kenali Menara TRX | Jom Ketahui Fakta Menarik Ini
  • “Intermittent Fasting” : Perkongsian Terbaik Diet Dari Dr. Siti Aniza Basir
  • Nasi Lemak Sambal Strawberi. Pelik ,Tapi Realitinya Sangat Sedap!
  • Cara Hilangkan Bisa Darah Beku Pada Kuku Tersepit
  • Amyra Rosli Tampil Dengan Gaya Rambut Pendek
  • Kaki Cagu.Eiii..Busuk! 5 Petua Rawat Kaki Cagu
  • Corak Topeng Muka Untuk Anda Nampak Lebih Cool Bila Pakai

Dapatkan Maklumat Terus Ke Email

Isikan email anda untuk dapatkan notifikasi terus ke email anda.

Join 565 other subscribers

CARIAN TERKINI

HOW TO MOHON KAD MRT BUS OLINE, kelayakan untuk memasuki uitm diploma mascom, cara mohon kad touch n go pelajar 2019, cara guna touch n go e wallet, gula gula plastik bole makan, cara dapatkan no tac bsh yang hilang, perempuan juga melancap onani, tukar plan celcom xpax ke magic sim, hisham suami nurul hidayah, global royalty

Copyright © 2019 · MYINFORMASI® ·